Monday, June 29, 2009

Seloka: Undi Pas Masuk Syurga.

  1. Bila rakyat yang ingin belajar agama

    mereka terpaksa duduk bersila

    ditepi tong sampah, di jalan raya

    tetapi bila orang yang mempunyai kepentingan

    bilik aircond tempat mereka disediakan

    nik aziz layan dia dengan baik sekali...

    rakyat merempat tak pernah peduli.

  1. Bila Rakyat Melayu Kelantan ingin menuntut hak takaful kifalah...

    sabar katanya...2,3 minggu belum ada berita...

    tetapi kalau bangsa Cina ...disegerakan tak sampai 2 jam...

    hanya takut hilang undi..Bangsa Melayu sendiri tak dihiraukan lagi.

  1. Peluang pekerjaan kepada warga negeri Kelantan bukan keutamaan

    tetapi menerima kepulangan sangat-sangat dialukan

    bukan untuk bagi pembelaan tetapi untuk terima pulangan

    kerana mereka balik berbelanja untuk Kelantan

  1. Dahulu semasa zaman UMNO perintah....

    banyak pelaburan...banyak kilang-kilang...

    tetapi ketika Pas mengambil alih

    bahkan kilang besar yang kecil pun gulung tikar, hilang dari pandangan.

  1. ”wau-wau bulan...wau bulan teraju tiga..pakat undi bulan...nanti buleh masuk syurga..”. bertukar pantun dengan hadis ketika berkempen..

    yang bagitau sudah pun mati (arwah buniamin)...mungkin dah masuk syurga agaknya..

  1. Seorang cina bukan islam di pasir puteh

    berseloroh di kedai kopi hilangkan letih

    ”alo kawan...wa juga lapat (dapat) sulega (syurga)...

    Takyah amal, syurga boleh dijual beli.

  1. Dulu pernah berkata ”kalau ambo jadi menteri besar, ambo nak paka proton saga” tetapi sekarang apa dah jadi, sungguh sedih...proton bertukar jadi mecedeh (mercedess) harga ratusan ribu, rakyat merempat MB tak ambil tahu.
  1. Kelantan negeri bersohor...serambi mekah diberi nama...sekarang makin masyhur... HIV tertinggi seluruh malaysia.

No comments:

Post a Comment