Tuesday, June 30, 2009

NIK AZIZ MUNAFIK

MELOR 30 Jun. – Nik Aziz telah membuat kenyataan pada 18 Jan lalu dengan mengatakan bahawa pemimpin parti pakatan pembangkang tidak perlu mengeluarkan kenyataan yang angkuh berikutan kemenangan parti itu pada pilihanraya kecil Parlimen Kuala Trengganu. Beliau menambah lagi ini kerana tindakan mengeluarkan kenyataan negativf terhadap parti lawan bukan sahaja membawa gambaran yang tidak baik kepada parti BN malah menjejaskan persepsi masyarakat terhadap Pas.

Nik Aziz menambah lagi dengan mengatakan jangan buat kenyataan yang boleh melukakan hati pihak lawan kerana tujuan kita buat kerja memperjuangkan parti adalah kerana dakwah. “Kalau dia (BN) terluka, kita nak paut (pikat semula) dia tidak boleh. Jadi kita kena ingat kerja kita adalah untuk akhirat,” katanya kepada pemberita di Kuala Trengganu.

Selepas enam bulan perlakuan Nik Aziz berubah, bukan sahaja kenyataannya melukakan hati BN dengan mengatakan UMNO sama dengan ajaran Ayah Pin dan sama dengan komunis. Dalam pada itu Nik Aziz juga melukakan hati Nasharudin dengan tuduhan yang berat mengenai cadangan kerajaan perpaduan

sehingga diarah meletakkan jawatan Tim Presiden Pas dan wakil

rakyat Parlimen Bachok.

Dalam tempoh enam bulan kenapa Nik Aziz tergolong dalam manusia hipokrit atau munafik. Perlakuan Nik Aziz terjadi sedemikian kerana ada dua peristiwa yang beliau terpaksa beliau hadapi. Kenyataan Nik Aziz awal tahun ini baik dan sesuai sebagai gelaran yang diminta oleh Nik Aziz supaya orang memangilnya ‘tok guru’. Kemenangan calun Pas dengan merampas kerusi Parlimen Kuala Trengganu daripada BN telah membuatkan Nik Aziz begitu gembira, dan emosi beliau stabil dengan membuat kenyataan yang baik.

Peristiwa kedua yang berlaku dalam pertengahan tahun ini ialah peristiwa sedih dan memalukan, dimana pencalunan jawatan Presiden Pas Nik Aziz mendapat satu sahaja dan diikuti oleh kekalahan kumpulan endorgan yang disokong oleh Nik Aziz secara terbuka dalam muktamar Pas yang lepas, yang diketuai oleh Husam, Nik Amar dan enam orang kuat Nik Aziz yang lain tapi tewas merebut jawatan kanan dalam Pas.


Semasa Allah mencuba Nik Aziz dengan berita gembira beliau, mengawal emosi dan nafsu dengan baik tapi setelah Allah mencuba dengan kesedihan dan malu, maka Nik Aziz hilang kawalan emosi dan nafsu. Nik Aziz marah yang amat sangat, sedangkan marah itu sebahagian dari sifat syaitan. Nik Aziz hilang sabar sedangkan Allah suka kepada orang yang sabar. Inilah pemimpin Pas yang sudah tua tahap kebolehnnya amat merosot sekali dalam kepimpinan jauh sekali mendekati perjuangan Rasul.

No comments:

Post a Comment