Tuesday, September 15, 2009

DINAR EMAS KELANTAN MERUGIKAN ?

Spread Harga Dinar Kelantan MembebankanShare
Today at 3:12pm 15 sEPT 2009

Dinar Emas Kelantan adalah antara matawang dinar yang diperkenalkan bagi menyuburkan penggunaan dinar emas dalam kehidupan. Ia sekaligus menyahut seruan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad supaya orang Islam tidak bergantung kepada matawang fiat yang terdedah kepada manipulasi.

Dinar emas boleh disimpan sebagai pelindung nilai kekayaan, melindungi daripada inflasi dan sebagai satu instrumen pelaburan. Secara mudahnya beli pada harga murah dan jual semula pada harga tinggi.

Namun perbezaan harga jual dan harga beli (spread) Dinar Emas Kelantan sangatlah tinggi dan tidak mencerminkan ia adalah dari negeri yang kononnya negeri Islam. Lihat di bawah bagi mendapat faktanya.

Untuk mendapatkan 1 Dinar Kelantan pembeli terpaksa bayar RM499.00. Harga belian balik oleh Ar-Rahnu pula hanya RM445.00. Bermakna susut nilai 12%. Dengan kata lain pembeli terpaksa menunggu harga emas naik 12% barulah mendapat modal belian 1 Dinar Kelantan tersebut.

Kita lihat contoh satu lagi syarikat yang menjual Dinar Emas di Malaysia.