Tuesday, September 15, 2009

DINAR EMAS KELANTAN MERUGIKAN ?

Spread Harga Dinar Kelantan MembebankanShare
Today at 3:12pm 15 sEPT 2009

Dinar Emas Kelantan adalah antara matawang dinar yang diperkenalkan bagi menyuburkan penggunaan dinar emas dalam kehidupan. Ia sekaligus menyahut seruan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad supaya orang Islam tidak bergantung kepada matawang fiat yang terdedah kepada manipulasi.

Dinar emas boleh disimpan sebagai pelindung nilai kekayaan, melindungi daripada inflasi dan sebagai satu instrumen pelaburan. Secara mudahnya beli pada harga murah dan jual semula pada harga tinggi.

Namun perbezaan harga jual dan harga beli (spread) Dinar Emas Kelantan sangatlah tinggi dan tidak mencerminkan ia adalah dari negeri yang kononnya negeri Islam. Lihat di bawah bagi mendapat faktanya.

Untuk mendapatkan 1 Dinar Kelantan pembeli terpaksa bayar RM499.00. Harga belian balik oleh Ar-Rahnu pula hanya RM445.00. Bermakna susut nilai 12%. Dengan kata lain pembeli terpaksa menunggu harga emas naik 12% barulah mendapat modal belian 1 Dinar Kelantan tersebut.

Kita lihat contoh satu lagi syarikat yang menjual Dinar Emas di Malaysia.

Thursday, August 13, 2009



Patung Budha Di Jubakar Tumpat hanya 100 meter dari Masjid....mungkin Nik Aziz bertanya....mana masjid?
Nik Aziz dalam upacara Budha
MEMBANGUN BERSAMA ISLAM! NIK AZIZ MEMBANGUN BERSAMA BUDHA?

TERBOK 14 Ogos- Ungkapan membangun bersama Islam yang dilaungkan oleh Nik Aziz selama ini bermaksud membangun bersama Budha.Kini Nik Aziz melangkah lagi membangun bersama Kristian, dengan menyokong Nizar hadir dalam upacara kematian penganut kriatian. Dalam masa yang sama Nik Aziz membangun bersama Yahudi, menyokong DAP hina Islami. Maka lengkaplah pemerintahan Nik Aziz di Negeri Kelantan Darul Budha, Darul Keritian, Darul Yahudi. Nik Aziz memberi keutamaan kepada agama lain untuk berkembang seluas-luasnya tanpa had. Sesuai dengan kenyataan Nik Aziz bahawasanya panjangnya umur beliau adalah berpunca daripada doa seluruh penganut agama seperti Budha , Kristian dan sebagainya. Ini bercangah dengan kenyataan Allah bahawa 'Ad-din' atau cara hidup Islam sahaja yang diterima pakai oleh Allah. Kerja Nik Aziz ini bertentangan dengan dakwah yang dibawa oleh Nabi Muhamad s.a.w.

Perkembangan Budha di Kelantan sungguh hebat. Antara patung-patung besar yang dibina di Kelantan sepanjang pemerintahan Pas sejak hujung tahun 1990 ialah di Jubakar dan Terbak (Tumpat) dan Kg Balai (Bachok).

Patung-patung di Kok Seraya (Tumpat), Teresek (Repek, Pasir Mas) dan Kampung Beruk )Tumpat). Kampung-kampung Siam lain lagi antarnya adalah di Muring, Kuang dan Bechang (Tanah Merah) serta Aril, Melor.

Ini mengambarkan Nik Aziz gagal mengembangkan dakwah kepada mereka. Sepatutnya kerana keberkesanan dakwah, bukan sahaja patung di ketik-ketik dimusnahkan, tetapi jumlah kalangan bukan Islam di Kelantan sepatutnya semakin kecil bilangan, kalau pun tidak semuanya telah memeluk Islam.

Teringat kata-kata orang Pulau Melaka yang tinggal sekampong dengan Nik Aziz, beliau mengatakan jemaah solat waktu di Masjid Nik Aziz sendiri hanya dua sah sahaja semenjak dulu sampai sekarang sudah 20 tahun. Katanya lagi penduduk sekitar tidak berminat solat dimasjid itu kerana ada perkara-perkara yang tidak menyenangkan masyarakat tempatan. Apa sudah jadi dengan Nik Aziz, orang kampong sediri tidak terjaga ?
Tipu rakyat dalam agama dan disebalik menunjulkan kesederhanaan dalam kemewahan...takbir !!!

Sunday, August 2, 2009

Peluang menang di Permatang Pasir cerah - Dr. M

02/08/2009 6:07pm

KUANTAN 2 Ogos - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yakin Barisan Nasional (BN) berpeluang memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir berikutan sokongan rakyat yang semakin memihak kepada parti itu.

Menurut beliau, keyakinan itu berdasarkan prestasi baik ditunjukkan pada pilihan raya kecil DUN Manek Urai baru-baru ini apabila BN berjaya mengurangkan jumlah majoriti yang dimenangi Pas. - Utusan

Komen;

Pendapat Tun M ada asas yang kukuh, dimana BN boleh menang di DUN Permatang Pasir;

Isu Pas;

1. Rakyat tertipu kerana Pas gagal melaksanakan manifestonya iaitu menubuhkan kerajaan Islam.

2. Rakyat tertipu bila Pas gagal membela Agama Islam sehingga pembinaan surau baru tidak perlu dalam kawasan perumahan.

3. Pas gagal bekerjasama dengan DAP dan PKR untuk menunaikan janji dalam pilihanraya yang lepas.

Isu UMNO/BN;

1. UMNO/BN masih kuat jika kerusi itu rakyat memberi kepada BN/UMNO

2. UMNO/BN akan membela nasib Melayu dan China serta India yang tertindas

3. UMNO/BN sudah banyak bukti menaburkan jasa di Pulau Pinang

Isu PKR;

1. Pkr gagal memainkan peranan untuk bantu Melayu dan India.

2. Pkr lemah tidak berani mengemukakan cadangan kepada DAP

3. Pkr hanya diterima oleh china dan india, Melayu semakin berkurangan.

Isu Dap:

1. Dap berusaha menjadi 'raja' memerintah P.Pinang

2. Melayu mulai dipingir oleh Dap

3. India mulai dipingir oleh Dap

Pas,Dap,Pkr memerintah P.Pinang dengan seribu kelemahan, Melayu semakin sedar mereka tertipu dengan slogan Pas, membangun bersama Islam, realitinya membangun bersama Yahudi (DAP)

Wednesday, July 29, 2009

ULAMAK PAS YANG KELIRU DAN CELARU

(sedutan dari blog)

Maafkan saya jika saya terpaksa berterus-terang dan tidak upaya lagi menjaga hati para penyokong PAS, sesungguhnya saya percaya dan yakin, selagi PAS mengharap pertolongan daripada DAP - yakni musuh Islam, bagi menjatuhkan orang Islam sendiri, maka PAS tidak akan berjaya untuk selama-lamanya. Hujah saya adalah beralaskan kepada firman Allah dalam surah al-Maidah 55-56 yang bermaksud, "Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan solat dan menunaikan zakat seraya mereka tunduk kepada Allah. Dan sesiapa yang menjadikan Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman sebagai penolongnya, maka sesungguhnya pengikut agama Allah itulah yang pasti menang."


Maka adalah jelas, selagi PAS menjadikan DAP sebagai penolong bagi menghancurkan orang yang beriman (UMNO), maka selagi itulah PAS akan gagal dan kecundang. Allah sudah pun mengingatkan kita semua, jika kita mahu menang dalam apa-apa perjuangan (apatah lagi dalam berjihad), maka jadikanlah orang-orang yang beriman sebagai penolong. Hal ini juga tidak hanya ditujukan kepada PAS semata-mata, tetapi tidak terkecuali kepada UMNO juga. Kesimpulannya, selagi kedua-dua belah parti tidak mahu bersatu padu, maka umat Islam akan tewas dan hancur di negaranya sendiri.


Dan ketika ini, yang tampak jelas mahu bersatu padu adalah di pihak UMNO. UMNO yang seolah-olah membuka pintu perdamaian yang luas kepada PAS, tetapi amat malang sekali, tatkala Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, tidak hanya mencela UMNO, malah turut menolak hasrat baik UMNO agar sengketa orang-orang Melayu dapat diredakan secepat mungkin. Nik Aziz seakan-akan lupa bahawa beliau juga tidak terlepas daripada berkewajib an untuk mengikut ayat 10 dalam surah al-Hujrat yang berbunyi, "Sesungguhnya orang-orang Mukmin adalah bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat."


Tetapi malangnya, PAS lebih mempercayai DAP daripada UMNO, walaupun adalah jelas orang-orang UMNO juga adalah seagama dengan orang-orang PAS. Yang pasti, PAS tidak peduli ayat Allah yang ke 29 dalam surah al-Fath yang bermaksud, "Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang beriman yang bersama dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih-sayang sesama mereka."


DAP adalah parti yang jelas tidak mempercayai keadilan yang dibawa oleh Islam, tatkala mereka secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam dan hukum Hudud, hal tersebut sudah saya jelaskan sebelum ini. Malah, dalam buku berjudul BA dan Negara Islam tulisan Lim Kit Siang pada tahun 1999 sudah jelas membuktikan bahawa parti tersebut menolak ideologi PAS dan cita-citanya untuk menubuhkan negara Islam. Lantaran itu, mengapa PAS bersikap degil dan masih mahu bersengkongkol dengan musuh Islam yang nyata dan lagi terang itu?


Sehingga kini, tidak ada seorang pun ahli PAS atau pemimpim PAS yang sanggup memberikan jawapan dengan hujah yang menyakinkan berkenaan mengapa PAS perlu bersengkongkol dengan musuh Islam bagi menjatuhkan saudara seagama mereka sendiri iaitu UMNO. Saya bimbang, jika benar kata-kata yang telah disampaikan oleh bekas Presiden PAS iaitu Allahyarham Tan Sri Dato' Mohd Asri Hj Muda pada 27 tahun lalu yang mendakwa, "Suasana dan sikap yang muncul semenjak Muktamar yang ke-27 hinggalah ke Muktamar ke-28 ini telah menunjukkan bahawa ada sesuatu usaha semacam konspirasi untuk memecah-belahkan PAS dari dalam, terutamanya dalam soal kepimpinan. Menjelang Muktamar ini, suatu penjelajahan yang agak menyeluruh bertopengkan kepimpinan ulama telah mengharu-birukan fikiran dan suasana telah dilakukan, di samping itu, fitnah-fitnah terhadap diri saya berkeliaran mengatasi fitnah-fitnah yang pernah dilemparkan oleh musuh-musuh politik PAS pada tahun 1977/1978 dahulu."


Selepas menyampaikan ucapan yang penuh kekecewaan itu, Tan Sri Asri melepaskan jawatannya sebagai Presiden PAS yang ketiga, setelah tidak sanggup lagi mendengar laungan penghinaan dan kata-kata kesat yang dilemparkan oleh para perwakilan PAS ketika itu dengan ucapan yang nyaring dan kuat, yang berbunyi, "Marakbar Asri, Marakba Asri, Marakba Asri." (maksudnya, "Mampuslah Asri, Mampuslah Asri, Mampuslah Asri.").


Pada saya, hati pemimpin manakah yang tidak remuk dengan kata-kata yang sekesat itu? Rupa-rupanya, wajah kepimpinan ulama yang dicanang bagi menjatuhkan Tan Sri Asri dari kerusi Presiden PAS adalah begitu hodoh rupanya. Dengan slogan kepimpinan ulama, mereka menghalalkan kaedah penghinaan dan mencemuh pemimpin mereka sendiri. Maka, tidaklah menghairankan jika kita perhatikan ucapan Nik Aziz yang berbunyi, "Pergi Jahanamlah UMNO" yang dilemparkannya kepada UMNO baru-baru ini di media massa, merupakan kesinambungan daripada sikap mereka tatkala mahu menjatuhkan kepimpinan Tan Sri Asri 27 tahun yang lampau. Kita juga tidak tahu, mungkinkah amalan kata-kata kesat dalam PAS selama ini adalah warisan daripada sikap Nik Aziz sendiri atau pun barisan kepimpinan ulama yang mereka dokong dan sokong selama ini. Apakah ini amalan seorang ulama? atau ini merupakan amalan syaitan yang harus kita hindari? Semoga Allah mengampuni kita semua. Fikir-fikirkan wahai ahli-ahli PAS, siapakah yang tuan-tuan sokong dan harap ini. Wallahualam.

Tuesday, July 28, 2009

NIK AZIZ GUSAR WANG KERAJAAN KELANTAN DAH HABIS
(Sedutan dari Meli kapak jangok)
Dari perbualan secara tidak langsung dengan kakitangan MPKB itu juga saya mendapat info secara tidak langsung kononnya Kerajaan Kelantan sekarang menghadapi masalah kewangan yang kronik.
Cukai cemukai dan kenaan kompaun terpaksa dinaikkan dengan tinggi sekali dalam usaha untuk memastikan keperluan pengumpulan wang mencapai target. Kalau dulu kompaun cuma RM30, kini naik ke angka RM150. Gara-gara binaan bangunan tambahan pada premis tanpa kebenaran MPKB yang mana nilai pembinaannya sekitar RM1,000 sahaja misalnya, kenaan dendanya kini sehingga RM10,000. Kalau tidak dibayar dalam tempoh yang ditetapkan, akan dikenakan penalti lagi.
Tindakan terhadap para peniaga juga agak ganas, adakalanya pada waktu malam pun dilancarkan gerakan meroboh permis perniagaan atau binaan yang dibuat tanpa kebenaran MPKB, termasuk yang dibina di atas tanah milik pembina sesebuah premis itu sendiri.Kakitangan MPKB itu juga mendakwa ramai yang merungut dengan tindakan MPKB sekarang kononnya lebih teruk daripada pada era pemerintahan Umno/BN dulu, malah kononnya sama ganasnya dengan Yahudi di Palestin.
Kononnya jua, kalau ikutkan atas nilai kemanusiaan, kakitangan MPKB yang terlibat dalam mengambil tindakan terhadap para peniaga tidak tergamak untuk menyempurnakan arahan tetapi dengan rasa berat hati terpaksa juga kena ikut perintah pihak atasan.
Menurut kakitangan MPKB itu lagi, kerana masalah kewangan yang kronik juga menyebabkan kerajaan negeri bersungguh-sungguh menuntut royalti minyak walaupun hakikat dan dari sudut undang-undangnya belum tentu lagi Kelantan berhak mendapat royalti yang dituntut itu.
Kononnya sikap suka berbelanja lebih besar lagak dari kemampuan sebenar bagi menunjukkan bahawa kerajaan negeri dibawah kepimpinan sekarang tidak pernah mengalami masalah kewangan kerana keupayaan luar biasa peneraju mentadbir perjalanan kerajaan menjadi antara faktor Kerajaan Kelantan kini menghadapi masalah kewangan yang sangat kronik.
Kadar premium bagi mendapatkan hakmilik tanah juga dikatakan melambung tinggi ratusan kali ganda menyebabkan kebanyakan pemohon yang meneroka tanah kerajaan yang sudah ditanam dengan pokok buah-buahan atau getah, tidak mampu membayarnya.Kononnya gara-gara masalah kewangan yang kronik, Kerajaan Negeri Kelantan cuba memindahkan bebanan itu kepada rakyat dengan kenaikan cukai dan nilai kompaun serta premium di samping pelbagai taktik dan teknik pemungutan derma dirangka dan dikerangkakan.
Kononnya dan faktor itu jugalah yang telah menyebabkan keputusan pilihanraya kecil Manek Urai mencatatkan keputusan di luar jangkaan Pas dan ianya dijangka akan menjadi bom jangka yang akan meleburkan Pas di Kelantan pada pilihanraya umum ke-13 nanti. Juga kononnya yang menjadi kebimbangan Kerajaan Kelantan sekarang adalah kalau-kalau masalah kewangan kronik yang dihadapinya sekarang sampai ke pengetahuan rakyat terbanyak dan tembelang sebenar kerajaan akan terselongkar.
Jika apa yang sedang berlaku bocor ke pengetahuan rakyat, Kerajaan Pas Kelantan boleh tumbang pada pilihanraya umum ke-13 nanti dan akan mengambil masa yang panjang untuk kembali berkuasa semula ekoran pendekatan yang digunakan oleh Umno/BN sekarang semakin memikat hati rakyat. Benarkah apa yang didakwakan itu? Hanya Kerajaan Kelantan yang lebih tahu di samping Allah jua Yang Maha Tahu. Yang pasti masa dan keadaan akan tentukan segalanya. Sama-sama kita tunggu dan lihat.

NIK AZIZ DIHUJUNG USIA MENUJU KEJATUHAN



Hajat dihati nak ke Putra Jaya tapi perahu menuju ke Pengkalan Kubur

Monday, July 27, 2009

PAS Tidak Mahu kerjasama UMNO


PENGKALAN KUBUR 28 July- Perjuangan Nik Aziz sudah sampai kepenghujung jalan. Nik Aziz sedang menuju ke Pengkalan Kubur bukan ke Putera Jaya. Nik Aziz menolak kerjasama dengan UMNO dan mengekalkan kerjasama dengan DAP. Nik Aziz menolak seruan Islam dan Rasul. supaya umat Islam bersatu. Yang jelas Umat Islam bersama UMNO dan kafir bersama dengan DAP. Tetapi DAP yang menjadi pilihan. Nik Aziz dengan angkuh dan sombong dengan menganggap UMNO menolak Islam.