Tuesday, July 28, 2009

NIK AZIZ GUSAR WANG KERAJAAN KELANTAN DAH HABIS
(Sedutan dari Meli kapak jangok)
Dari perbualan secara tidak langsung dengan kakitangan MPKB itu juga saya mendapat info secara tidak langsung kononnya Kerajaan Kelantan sekarang menghadapi masalah kewangan yang kronik.
Cukai cemukai dan kenaan kompaun terpaksa dinaikkan dengan tinggi sekali dalam usaha untuk memastikan keperluan pengumpulan wang mencapai target. Kalau dulu kompaun cuma RM30, kini naik ke angka RM150. Gara-gara binaan bangunan tambahan pada premis tanpa kebenaran MPKB yang mana nilai pembinaannya sekitar RM1,000 sahaja misalnya, kenaan dendanya kini sehingga RM10,000. Kalau tidak dibayar dalam tempoh yang ditetapkan, akan dikenakan penalti lagi.
Tindakan terhadap para peniaga juga agak ganas, adakalanya pada waktu malam pun dilancarkan gerakan meroboh permis perniagaan atau binaan yang dibuat tanpa kebenaran MPKB, termasuk yang dibina di atas tanah milik pembina sesebuah premis itu sendiri.Kakitangan MPKB itu juga mendakwa ramai yang merungut dengan tindakan MPKB sekarang kononnya lebih teruk daripada pada era pemerintahan Umno/BN dulu, malah kononnya sama ganasnya dengan Yahudi di Palestin.
Kononnya jua, kalau ikutkan atas nilai kemanusiaan, kakitangan MPKB yang terlibat dalam mengambil tindakan terhadap para peniaga tidak tergamak untuk menyempurnakan arahan tetapi dengan rasa berat hati terpaksa juga kena ikut perintah pihak atasan.
Menurut kakitangan MPKB itu lagi, kerana masalah kewangan yang kronik juga menyebabkan kerajaan negeri bersungguh-sungguh menuntut royalti minyak walaupun hakikat dan dari sudut undang-undangnya belum tentu lagi Kelantan berhak mendapat royalti yang dituntut itu.
Kononnya sikap suka berbelanja lebih besar lagak dari kemampuan sebenar bagi menunjukkan bahawa kerajaan negeri dibawah kepimpinan sekarang tidak pernah mengalami masalah kewangan kerana keupayaan luar biasa peneraju mentadbir perjalanan kerajaan menjadi antara faktor Kerajaan Kelantan kini menghadapi masalah kewangan yang sangat kronik.
Kadar premium bagi mendapatkan hakmilik tanah juga dikatakan melambung tinggi ratusan kali ganda menyebabkan kebanyakan pemohon yang meneroka tanah kerajaan yang sudah ditanam dengan pokok buah-buahan atau getah, tidak mampu membayarnya.Kononnya gara-gara masalah kewangan yang kronik, Kerajaan Negeri Kelantan cuba memindahkan bebanan itu kepada rakyat dengan kenaikan cukai dan nilai kompaun serta premium di samping pelbagai taktik dan teknik pemungutan derma dirangka dan dikerangkakan.
Kononnya dan faktor itu jugalah yang telah menyebabkan keputusan pilihanraya kecil Manek Urai mencatatkan keputusan di luar jangkaan Pas dan ianya dijangka akan menjadi bom jangka yang akan meleburkan Pas di Kelantan pada pilihanraya umum ke-13 nanti. Juga kononnya yang menjadi kebimbangan Kerajaan Kelantan sekarang adalah kalau-kalau masalah kewangan kronik yang dihadapinya sekarang sampai ke pengetahuan rakyat terbanyak dan tembelang sebenar kerajaan akan terselongkar.
Jika apa yang sedang berlaku bocor ke pengetahuan rakyat, Kerajaan Pas Kelantan boleh tumbang pada pilihanraya umum ke-13 nanti dan akan mengambil masa yang panjang untuk kembali berkuasa semula ekoran pendekatan yang digunakan oleh Umno/BN sekarang semakin memikat hati rakyat. Benarkah apa yang didakwakan itu? Hanya Kerajaan Kelantan yang lebih tahu di samping Allah jua Yang Maha Tahu. Yang pasti masa dan keadaan akan tentukan segalanya. Sama-sama kita tunggu dan lihat.

No comments:

Post a Comment