Wednesday, July 29, 2009

ULAMAK PAS YANG KELIRU DAN CELARU

(sedutan dari blog)

Maafkan saya jika saya terpaksa berterus-terang dan tidak upaya lagi menjaga hati para penyokong PAS, sesungguhnya saya percaya dan yakin, selagi PAS mengharap pertolongan daripada DAP - yakni musuh Islam, bagi menjatuhkan orang Islam sendiri, maka PAS tidak akan berjaya untuk selama-lamanya. Hujah saya adalah beralaskan kepada firman Allah dalam surah al-Maidah 55-56 yang bermaksud, "Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan solat dan menunaikan zakat seraya mereka tunduk kepada Allah. Dan sesiapa yang menjadikan Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman sebagai penolongnya, maka sesungguhnya pengikut agama Allah itulah yang pasti menang."


Maka adalah jelas, selagi PAS menjadikan DAP sebagai penolong bagi menghancurkan orang yang beriman (UMNO), maka selagi itulah PAS akan gagal dan kecundang. Allah sudah pun mengingatkan kita semua, jika kita mahu menang dalam apa-apa perjuangan (apatah lagi dalam berjihad), maka jadikanlah orang-orang yang beriman sebagai penolong. Hal ini juga tidak hanya ditujukan kepada PAS semata-mata, tetapi tidak terkecuali kepada UMNO juga. Kesimpulannya, selagi kedua-dua belah parti tidak mahu bersatu padu, maka umat Islam akan tewas dan hancur di negaranya sendiri.


Dan ketika ini, yang tampak jelas mahu bersatu padu adalah di pihak UMNO. UMNO yang seolah-olah membuka pintu perdamaian yang luas kepada PAS, tetapi amat malang sekali, tatkala Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, tidak hanya mencela UMNO, malah turut menolak hasrat baik UMNO agar sengketa orang-orang Melayu dapat diredakan secepat mungkin. Nik Aziz seakan-akan lupa bahawa beliau juga tidak terlepas daripada berkewajib an untuk mengikut ayat 10 dalam surah al-Hujrat yang berbunyi, "Sesungguhnya orang-orang Mukmin adalah bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat."


Tetapi malangnya, PAS lebih mempercayai DAP daripada UMNO, walaupun adalah jelas orang-orang UMNO juga adalah seagama dengan orang-orang PAS. Yang pasti, PAS tidak peduli ayat Allah yang ke 29 dalam surah al-Fath yang bermaksud, "Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang beriman yang bersama dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih-sayang sesama mereka."


DAP adalah parti yang jelas tidak mempercayai keadilan yang dibawa oleh Islam, tatkala mereka secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam dan hukum Hudud, hal tersebut sudah saya jelaskan sebelum ini. Malah, dalam buku berjudul BA dan Negara Islam tulisan Lim Kit Siang pada tahun 1999 sudah jelas membuktikan bahawa parti tersebut menolak ideologi PAS dan cita-citanya untuk menubuhkan negara Islam. Lantaran itu, mengapa PAS bersikap degil dan masih mahu bersengkongkol dengan musuh Islam yang nyata dan lagi terang itu?


Sehingga kini, tidak ada seorang pun ahli PAS atau pemimpim PAS yang sanggup memberikan jawapan dengan hujah yang menyakinkan berkenaan mengapa PAS perlu bersengkongkol dengan musuh Islam bagi menjatuhkan saudara seagama mereka sendiri iaitu UMNO. Saya bimbang, jika benar kata-kata yang telah disampaikan oleh bekas Presiden PAS iaitu Allahyarham Tan Sri Dato' Mohd Asri Hj Muda pada 27 tahun lalu yang mendakwa, "Suasana dan sikap yang muncul semenjak Muktamar yang ke-27 hinggalah ke Muktamar ke-28 ini telah menunjukkan bahawa ada sesuatu usaha semacam konspirasi untuk memecah-belahkan PAS dari dalam, terutamanya dalam soal kepimpinan. Menjelang Muktamar ini, suatu penjelajahan yang agak menyeluruh bertopengkan kepimpinan ulama telah mengharu-birukan fikiran dan suasana telah dilakukan, di samping itu, fitnah-fitnah terhadap diri saya berkeliaran mengatasi fitnah-fitnah yang pernah dilemparkan oleh musuh-musuh politik PAS pada tahun 1977/1978 dahulu."


Selepas menyampaikan ucapan yang penuh kekecewaan itu, Tan Sri Asri melepaskan jawatannya sebagai Presiden PAS yang ketiga, setelah tidak sanggup lagi mendengar laungan penghinaan dan kata-kata kesat yang dilemparkan oleh para perwakilan PAS ketika itu dengan ucapan yang nyaring dan kuat, yang berbunyi, "Marakbar Asri, Marakba Asri, Marakba Asri." (maksudnya, "Mampuslah Asri, Mampuslah Asri, Mampuslah Asri.").


Pada saya, hati pemimpin manakah yang tidak remuk dengan kata-kata yang sekesat itu? Rupa-rupanya, wajah kepimpinan ulama yang dicanang bagi menjatuhkan Tan Sri Asri dari kerusi Presiden PAS adalah begitu hodoh rupanya. Dengan slogan kepimpinan ulama, mereka menghalalkan kaedah penghinaan dan mencemuh pemimpin mereka sendiri. Maka, tidaklah menghairankan jika kita perhatikan ucapan Nik Aziz yang berbunyi, "Pergi Jahanamlah UMNO" yang dilemparkannya kepada UMNO baru-baru ini di media massa, merupakan kesinambungan daripada sikap mereka tatkala mahu menjatuhkan kepimpinan Tan Sri Asri 27 tahun yang lampau. Kita juga tidak tahu, mungkinkah amalan kata-kata kesat dalam PAS selama ini adalah warisan daripada sikap Nik Aziz sendiri atau pun barisan kepimpinan ulama yang mereka dokong dan sokong selama ini. Apakah ini amalan seorang ulama? atau ini merupakan amalan syaitan yang harus kita hindari? Semoga Allah mengampuni kita semua. Fikir-fikirkan wahai ahli-ahli PAS, siapakah yang tuan-tuan sokong dan harap ini. Wallahualam.

Tuesday, July 28, 2009

NIK AZIZ GUSAR WANG KERAJAAN KELANTAN DAH HABIS
(Sedutan dari Meli kapak jangok)
Dari perbualan secara tidak langsung dengan kakitangan MPKB itu juga saya mendapat info secara tidak langsung kononnya Kerajaan Kelantan sekarang menghadapi masalah kewangan yang kronik.
Cukai cemukai dan kenaan kompaun terpaksa dinaikkan dengan tinggi sekali dalam usaha untuk memastikan keperluan pengumpulan wang mencapai target. Kalau dulu kompaun cuma RM30, kini naik ke angka RM150. Gara-gara binaan bangunan tambahan pada premis tanpa kebenaran MPKB yang mana nilai pembinaannya sekitar RM1,000 sahaja misalnya, kenaan dendanya kini sehingga RM10,000. Kalau tidak dibayar dalam tempoh yang ditetapkan, akan dikenakan penalti lagi.
Tindakan terhadap para peniaga juga agak ganas, adakalanya pada waktu malam pun dilancarkan gerakan meroboh permis perniagaan atau binaan yang dibuat tanpa kebenaran MPKB, termasuk yang dibina di atas tanah milik pembina sesebuah premis itu sendiri.Kakitangan MPKB itu juga mendakwa ramai yang merungut dengan tindakan MPKB sekarang kononnya lebih teruk daripada pada era pemerintahan Umno/BN dulu, malah kononnya sama ganasnya dengan Yahudi di Palestin.
Kononnya jua, kalau ikutkan atas nilai kemanusiaan, kakitangan MPKB yang terlibat dalam mengambil tindakan terhadap para peniaga tidak tergamak untuk menyempurnakan arahan tetapi dengan rasa berat hati terpaksa juga kena ikut perintah pihak atasan.
Menurut kakitangan MPKB itu lagi, kerana masalah kewangan yang kronik juga menyebabkan kerajaan negeri bersungguh-sungguh menuntut royalti minyak walaupun hakikat dan dari sudut undang-undangnya belum tentu lagi Kelantan berhak mendapat royalti yang dituntut itu.
Kononnya sikap suka berbelanja lebih besar lagak dari kemampuan sebenar bagi menunjukkan bahawa kerajaan negeri dibawah kepimpinan sekarang tidak pernah mengalami masalah kewangan kerana keupayaan luar biasa peneraju mentadbir perjalanan kerajaan menjadi antara faktor Kerajaan Kelantan kini menghadapi masalah kewangan yang sangat kronik.
Kadar premium bagi mendapatkan hakmilik tanah juga dikatakan melambung tinggi ratusan kali ganda menyebabkan kebanyakan pemohon yang meneroka tanah kerajaan yang sudah ditanam dengan pokok buah-buahan atau getah, tidak mampu membayarnya.Kononnya gara-gara masalah kewangan yang kronik, Kerajaan Negeri Kelantan cuba memindahkan bebanan itu kepada rakyat dengan kenaikan cukai dan nilai kompaun serta premium di samping pelbagai taktik dan teknik pemungutan derma dirangka dan dikerangkakan.
Kononnya dan faktor itu jugalah yang telah menyebabkan keputusan pilihanraya kecil Manek Urai mencatatkan keputusan di luar jangkaan Pas dan ianya dijangka akan menjadi bom jangka yang akan meleburkan Pas di Kelantan pada pilihanraya umum ke-13 nanti. Juga kononnya yang menjadi kebimbangan Kerajaan Kelantan sekarang adalah kalau-kalau masalah kewangan kronik yang dihadapinya sekarang sampai ke pengetahuan rakyat terbanyak dan tembelang sebenar kerajaan akan terselongkar.
Jika apa yang sedang berlaku bocor ke pengetahuan rakyat, Kerajaan Pas Kelantan boleh tumbang pada pilihanraya umum ke-13 nanti dan akan mengambil masa yang panjang untuk kembali berkuasa semula ekoran pendekatan yang digunakan oleh Umno/BN sekarang semakin memikat hati rakyat. Benarkah apa yang didakwakan itu? Hanya Kerajaan Kelantan yang lebih tahu di samping Allah jua Yang Maha Tahu. Yang pasti masa dan keadaan akan tentukan segalanya. Sama-sama kita tunggu dan lihat.

NIK AZIZ DIHUJUNG USIA MENUJU KEJATUHAN



Hajat dihati nak ke Putra Jaya tapi perahu menuju ke Pengkalan Kubur

Monday, July 27, 2009

PAS Tidak Mahu kerjasama UMNO


PENGKALAN KUBUR 28 July- Perjuangan Nik Aziz sudah sampai kepenghujung jalan. Nik Aziz sedang menuju ke Pengkalan Kubur bukan ke Putera Jaya. Nik Aziz menolak kerjasama dengan UMNO dan mengekalkan kerjasama dengan DAP. Nik Aziz menolak seruan Islam dan Rasul. supaya umat Islam bersatu. Yang jelas Umat Islam bersama UMNO dan kafir bersama dengan DAP. Tetapi DAP yang menjadi pilihan. Nik Aziz dengan angkuh dan sombong dengan menganggap UMNO menolak Islam.
TOK PA MEMBERI PENDIDIKAN - KHALIS MB SELANGOR MENGHALAU ANAK-ANAK ISLAM BELAJAR QURAN.



Kesian jenarasi Islam masa depan, dizalimi oleh Pakatan rakyat termasuk Pas di Selangor

MELOR 29 July- Kerajaan Pakatan Rakyat Pas dan Dap serta Pkr Selangor menghalau anak-anak Islam belajar Quraan. Inilah cita-cita Nik Aziz menubuh kerajaan campuran yang menghalau umat Islam dari belajar Quraan. Jauh perbezaannya dengan Tok Pa di Jeli Kelantan walaupun secara persendirian beliau melakukan yang terbaik untuk anak-anak Islam. Menyediakn tempat, guru dan berbagai kemudahan termasuk makan dan minum untuk anak-anak Islam. Nik Aziz harus belajar dari Tok Pa bagaimana hendak memertabatkan Islam di Kelantan. Nik Aziz wajib kutuk kerajaan Selangor yang berlaku zalim kepada anak-anak Islam.



Penginapan Tok Pa dijadikan pusat pendidikan anak-anak Islam

DARUL FALAH 26 JULAI 2009 – Seramai 141 pelajar yang mengikuti kelas tuisyen percuma ahli parlimen Jeli dekat sini menyertai pertandingan mengarang Bahasa Inggeris.

Pengerusi Biro Pendidikan UMNO Bahagian Jeli, Hanafi Yunus berkata, pertandingan yang di anjurkan adalah sebahagian usaha memantapkan lagi Bahasa Inggeris di kalangan pelajar-pelajar tahun empat dan lima yang mengikuti kelas tuisyen di sini.

Menurutnya, pertandingan itu pada masa yang sama memantapkan lagi penguasaan pelajar terhadap bahasa ini.

“Minda pelajar turut dapat di asah untuk menguasai Bahasa Inggeris yang di lihat salah satu keperluan utama ketika ini.

“Langkah mengadakan pertandingan adalah usaha terbaik untuk pelajar-pelajar supaya dapat menguasai bahasa ini pada peringkat awal,”katanya.

Pertandingan tersebut turut di meriahkan dengan kehadiran Encik Suhaimi dari syarikat XY Base yang menaja hadiah pertandingan.


Tok Pa mesra dengan siapa sahaja....dan berada dimana-mana

TOK PA CEPAT HIDU TIPU HELAH NIK AZIZ

BUKIT BUNGA 28 July- Tidak sampai 3 hari Tok Pa menerima salam Nik Aziz dan membuka pintu persaudaraan, sekali lagi Nik Aziz menganggap UMNO itu parti jahanam.

Tok Pa amat cepat memahami tipu helah Nik Aziz, sebab itulah selepas Nik Aziz menghulurkan tangan untuk berbaik-baik dengan UMNO, Tok Pa terus membuat kenyataan keesokannya strategi UMNO untuk menawan Kelantan yang disiarkan muka hadapan akhbar Sinar Harian.

Jelas Tok Pa bijak menghidu politik kotor Nik Aziz, seorang ulamak usuk-jahat. Sebenarnya Nik Aziz trauma dengan kepimpinan Tok Pa. Nik Aziz tahu rakyat Kelantan lebih mesra dengan Tok Pa dari Nik Aziz yang sombong dan bongkak.

Badi tahun 2004 masih menghantui Nik Aziz, dimana Tok Pa telah berjaya menawan 21 kerusi DUN Kelantan yang membuatkan Nik Aziz tersungkur dan menangis di tepi dinding rumahnya. Kegawatan itu telah menyebabkan semua wakil rakyat Pas diwajibkan oleh Nik Aziz supaya melafaz taklik talak 3 kepada isteri masing-masing jika lompat parti masuk BN/UMNO.

Thursday, July 9, 2009


NIK AZIZ TIPU - PROJEK PEMBANGUNAN YANG TIDAK PERNAH WIJUD 10.3 BILLION DAN 21,054 PELUANG PEKERJAAN TIDAK DISEDIAKAN.
PROJEK BOHONG NIK AZIZ RM 10.3 BILLION.
Keupayaan Kerajaan Kelantan Tarik Pelabur

BERITA KELANTAN 1996 - Perbahasan dalam Dewan Undangan Negeri kelantan.


KEUPAYAAN Kerajaan Kelantan sekarang menarik pelabur luar tidak boleh dipertikaikan selepas mengambil alih pentadbiran daripada kerajaan Barisan Nasional pada 1990. Sejak tempoh itu sehingga sekarang, 14 projek besar telah ditandatangani.
Jumlah pelaburan itu dianggarkan bernilai RM10.3 bilion yang berupaya menyediakan sebanyak 21,054 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Sumber Manusia, YB Ustaz Ahmad Yakub berkata, projek berkenaan termasuk kilang simen di Gua Musang oleh Hongkew Holding Sdn Bhd melibaktkan kos RM150 juta, kilang simen oleh Ranhill Corporation juga di Gua Musang (RM700 juta).
Bandar perikanan di Tok Bali (RM800 juta), projek agro tourism Pergau (RM250 juta), bandar baru Pengkalan Kubur (RM1 bilion), projek pelancongan di Danau Tok Uban (RM350 juta), bandar peranginan Danau Tok Uban, Pasir Mas (RM885 juta).
Pembinaan terminal bas sepadu di Kubang Kerian (RM328 juta), projek industri petrokimia di Pantai Senok, Bachok (RM2 bilion), pelabuhan di Tumpat (RM360 juta), pusat peranginan Tasik Kwong,Rantau Panjang (1.5 bilion) dan projek pembinaan infrastruktur sesalor perkongsiam (RM324 juta).
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan YB Ustaz Nasuruddin Haji Daud (PAS - Meranti) pada persidangan Dewan Undangan Negeri, 26 Oktober lalu.
Sementara itu, menjawab soalan YB Ustaz Hassan Mahmood (PAS - Tawang), Ustaz Ahmad berkata, projek bandar baru Pengkalan Kubur akan mewujudkan kira-kira 6,000 peluang pekerjaan selepas ia dilaksanakan.
"Peluang pekerjaan penduduk tempatan dalam perniagaan dan perusahaan pastinya akan bertambah. Keadaan itu secara tidak langsung dapat mengurangkan kadar pengangguran," katanya.
Tahap kemajuan projek itu sekarang adalah di peringkat mengemukakan permohonan kepada pihak pentadbir tanah untuk memproses permohonan mengambil balik tanah bagi komponen yang dikategorikan sebagai kemudahan awam.
Manakala kategori lain belum diproses dan sedang menunggu pelaksanaan Akta Pengambilan Balik Tanah (Pindaan) yang dibuat di peringkat persekutuan tetapi belum lagi dikemukakan kepada Kerajaan Kelantan.
Menjawab soalan tambahan YB Mat Nawawi Mat Jusoh (BN - Pengkalan Kubur) katanya, sebahagian besar penduduk di kawasan terbabit dengan projek bandar baru di Pengkalan Kubur itu bersetuju dengan kehadiran projek itu.

Saturday, July 4, 2009

SIRI MASIH KAH KITA INGAT !!!!!!!!!!!

Wakil Raja Bhumibol temui Nik Aziz di Wat Pikulthong

TUMPAT, 11 Nov - Satu majlis bersejarah dapat disaksikan di sini apabila wakil istana Diraja Thailand, Dr Tej Bunnag bertemu dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat di Wat Pikulthong.

Pertemuan itu berlangsung sempena majlis penyerahan Kathin Diraja Thailand (kain kuning) pemberian Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej kepada wat tersebut yang akan dijadikan pakaian sami.

Dr Tej Bunnag juga bekas Menteri Luar Thailand. Menteri Besar dan tetamu yang hadir menyaksikan perarakan kain tersebut dibawa masuk oleh Bunnag yang lengkap dengan pakaian istiadat Diraja Thailand ke wat terbabit.

Wat Pikulthong merupakan wat pertama di luar Thailand yang menerima anugerah tersebut.

"Saya tidak pandang masalah bangsa. Mereka adalah rakyat saya. Semuanya dalam jagaan saya dan sekiranya mereka ada masalah, mereka boleh berjumpa ketua kaum masing-masing untuk diketengahkan kepada kerajaan.

"Tindakan saya adalah berdasarkan kepentingan insan. Kelantan dan Thailand cuma dipisahkan Sungai Golok sahaja," katanya.

Turut hadir di majlis itu anggota-anggota Exco, Dato' Anuar Tan Abdullah, Dato' Takiyuddin Hassan, Che Abdullah Mat Nawi, Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim dan pemimpin masyarakat pelbagai kaum.

KOMEN: Nik Aziz telah menerima amalan upacara Agama Buddha.........Dosa besar mensyirik Allah.....bertaubatlah sebelum terlambat

Thursday, July 2, 2009

hari ini ADUN DAP KEDAH keluar Parti DAP dan ISTIHAR jadi CALUN BEBAS....nampaknya DAP Kedah bukan main-main dan bukan perkara kecil dalam menagani isu babi

APAKAH YANG INI TUMBANG MAKA ISLAM TURUT TUMBANG? TIDAK SAMA SEKALI KERANA ISLAM DIJAGA OLEH ALLAH TAPI PAS DIJAGA OLEH NIK AZIZ.
KRESIS PAS & DAP KEDAH...Nik Aziz enggan campur tangan – Apa guna jawatan Mursyidul Am?

KOTA BHARU 3 Julai – Nik Aziz diminta mengulas tindakan Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su semalam yang mengumumkan mahu keluar dari pakatan pembangkang negeri itu berikutan tidak puas hati dengan pentadbiran kerajaan negeri. Thomas kata ini bukan main-main.

Soal membina negara Islam dan babi adalah perkara besar.Semuanya telah dijelaskan dalam Al Quran Nik Aziz boleh selesaikan dengan mudah selagi berpegang kepada Al Quran dan Hadith.


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat enggan campur tangan dalam krisis antara DAP dengan kerajaan Pas Kedah. Apa guna jawatan Mursyidul Am kalau perkara sebesar itu dianggap kecil. Penarikan dari pakatan adalah isu besar. Kerajaan Pas Kedah boleh tumbang kalau Pas tinggal seorang diri.

“Itu masalah negeri, saya tak tahu, terserahlah kepada Kedah,” katanya kepada pemberita di pejabatnya hari ini. Ini soal sebuah kerajaan dan selama ini Nik Aziz bercita-cita untuk memerintah Malaysia. Kedah adalah sebahagian dari Malaysia.
Antaranya adalah kegagalan kerajaan negeri menangani isu pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya yang telah dirobohkan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa percaya perkara itu dapat diselesaikan dengan baik. Husam jamnapari dah hilang taring tak siapa pun nak dengar apa yang dia kata.


Memang dari dulu lagi Pas Kelantan, Trenganu,Perak dan Kedah, Pas memerintah negeri buat hal masing-masing, peraturan sendiri-sendiri. Kata orang memerintah dengan menggunakan ’IT’ bukan information teknologi tapi ikut telitas. Idea Nik Aziz dan Anwar karut dan menjahanamkan negara. Tolaklah mereka demi agama,bangsa dan negara.
HUDUD MAINAN POLITIK PAS

Kenyataan Mat Iraq dalam Buliten Kelantan keluaran April 1997. Dari dulu lagi suka menuding jari kepada orang lain untuk menutup kelemahan diri sendiri. Kononnya fahaman sekular dan tidak yakin kepada Islam menjadi penghalang utama ke arah melaksanakan hukum hudud di Kelantan biarpun ia telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada November 1993.
Pada masa itu (1997) Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah kerajaan negeri, YB Ustaz Mohamed Daud berkata, orang Islam yang lemah iman dan tangan yang kurang bersih menyebabkan hukum itu masih tidak dapat dilaksanakan di negeri ini.
Beliau berkata, kerajaan Kelantan telah bersungguh-sungguh mahu melaksanakan hukum itu selepas ia diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri.
Katanya, kerajaan negeri tidak mahu menanggung dosa kerana tidak melaksanakan hukum hudud yang memang diwajibkan ke atas orang Islam.
“Kerajaan berusaha sedaya upaya menyedarkan rakyat bahawa membelakangkan hukum itu adalah salah dan ini bersifat zalim lagi fasik,” ujarnya pada perasmian sambutan Hari Hudud Peringkat Negeri Kelantan bagi kali kedua tidak lama dulu.
YAB Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merasmikan sambutan itu yang dihadiri oleh lebih 2,000 penduduk tempatan di Balai Islam Lundang, Kota Bharu.
Bagaimanapun YB Ustaz Mohamed berpendapat kesungguhan kerajaan Kelantan itu disekat oleh pihak-pihak lain di Pusat yang kurang yakin terhadap hukum Allah.
Sehubungan itu, acara sambutan tahunan yang diadakan oleh kerajaan negeri adalah untuk menyatakan bantahan rakyat Kelantan terhadap kerajaan Pusat yang tidak merestui pelaksanaan hukum hudud di negeri ini.
Inilah kenyataan yang dikeluarkan pada tahun 1997 lebih kurang 12 tahun yang lalu. Rakyat Kelantan telah ditipu dengan berbagai alasan. Sekarang Pas memerintah Kedah, Kerajaan Pas Kedah terang-terang menyatakan tidak berhajat nak laksanakan hukum Hudud. Nizar semasa menjadi MB Perak menafikan Pas ada rancangan untuk menubuhkan Negara Islam atau nak menjalankan hukum Islam. Sikap talam dua muka selalu diamalkan oleh pemimpin Pas.

Wednesday, July 1, 2009

DAP Keluar Dari Kerajaan PR Kedah

KUBANG KRIAN 1 Julai – Pengerusi DAP Kedah dalam mesyuarat petang tadi telah mengambil keputusan sebulat suara untuk membawa keluar DAP dari Kerajaan Pakatan Rakyat yang ditunjangi oleh Pas dibawah pimpinan Menteri Besar Azizan. Alasan penarikan itu ialah kerana Majlis Perbandaran meroboh kandang babi yang dimiliki oleh kaum Cina tanpa berunding atau membayar pampasan yang setimpal.


Azizan sama tapi tak serupa dengan Nik Aziz

Kerajaan Pas Kedah sedang menghadapi tekanan hebat dari DAP walaupun DAP hanya ada satu kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Kedah.

Apa yang menghairankan ialah Nik Aziz selalu melaungkan bahawa Islam yang dibawa oleh Nik Aziz sudah mendapat sambutan kaum Cina. Kononnya gelombang Islam sedang berlaku dinegara ini. Diantara petanda yang diguna pakai oleh Nik Aziz ialah pemimpin DAP sudah pandai memberi ’salam’ dan ’baca quraan’. Kata Nik Aziz lagi walaupun terjemahannya tak betul itu dia punya pasal.

Kalaulah DAP benar-benar memahami kehendak Nik Aziz mengapa mereka membantah usaha yang dilakukan oleh Azizan. Adakah Pas menjalankan dasar talam dua muka...Kelantan peraturan lain dan Kedah peraturan lain.

Nik Aziz sama tapi tak serupa dengan Azizan

Apa yang berlaku di Kedah merupakan petanda jelas idea Nik Aziz tidak akan diterima oleh DAP. Cuma Nik Aziz syok sendiri.

DEBAT ATAU SAHABAT

Kepada semua muslimin dan muslimat ingat lima perkara sebelum datang lima perkara

Satu daripadanya sehat sebelum sakit. Kuat sebelum letih. Tapi Nik aziz lupa pada diri sendiri


Nik Aziz sakit Najib melawat sebagai sahabat, Nik Aziz sihat ajak najib berdebat


Nik Aziz letih Pak Lah pimpin, Nik Aziz gagah Pak Lah di kencing


Dua wajah pemimpin yang perlu ditauladani oleh seluruh rakyat dinegara ini. Najib dengan penuh hurmat melawat Nik Aziz terlantar di hospital.dan Pak Lah sanggup memimpin Nik Aziz sebagai sahabat. Tapi apa kata Nik Aziz kepada mereka ? UMNO seperti Ayah Pin....UMNO sama dengan Komunis.... Allahuakbar.... Allahuakbar..... Allahuakbar