Thursday, July 2, 2009

HUDUD MAINAN POLITIK PAS

Kenyataan Mat Iraq dalam Buliten Kelantan keluaran April 1997. Dari dulu lagi suka menuding jari kepada orang lain untuk menutup kelemahan diri sendiri. Kononnya fahaman sekular dan tidak yakin kepada Islam menjadi penghalang utama ke arah melaksanakan hukum hudud di Kelantan biarpun ia telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada November 1993.
Pada masa itu (1997) Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah kerajaan negeri, YB Ustaz Mohamed Daud berkata, orang Islam yang lemah iman dan tangan yang kurang bersih menyebabkan hukum itu masih tidak dapat dilaksanakan di negeri ini.
Beliau berkata, kerajaan Kelantan telah bersungguh-sungguh mahu melaksanakan hukum itu selepas ia diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri.
Katanya, kerajaan negeri tidak mahu menanggung dosa kerana tidak melaksanakan hukum hudud yang memang diwajibkan ke atas orang Islam.
“Kerajaan berusaha sedaya upaya menyedarkan rakyat bahawa membelakangkan hukum itu adalah salah dan ini bersifat zalim lagi fasik,” ujarnya pada perasmian sambutan Hari Hudud Peringkat Negeri Kelantan bagi kali kedua tidak lama dulu.
YAB Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merasmikan sambutan itu yang dihadiri oleh lebih 2,000 penduduk tempatan di Balai Islam Lundang, Kota Bharu.
Bagaimanapun YB Ustaz Mohamed berpendapat kesungguhan kerajaan Kelantan itu disekat oleh pihak-pihak lain di Pusat yang kurang yakin terhadap hukum Allah.
Sehubungan itu, acara sambutan tahunan yang diadakan oleh kerajaan negeri adalah untuk menyatakan bantahan rakyat Kelantan terhadap kerajaan Pusat yang tidak merestui pelaksanaan hukum hudud di negeri ini.
Inilah kenyataan yang dikeluarkan pada tahun 1997 lebih kurang 12 tahun yang lalu. Rakyat Kelantan telah ditipu dengan berbagai alasan. Sekarang Pas memerintah Kedah, Kerajaan Pas Kedah terang-terang menyatakan tidak berhajat nak laksanakan hukum Hudud. Nizar semasa menjadi MB Perak menafikan Pas ada rancangan untuk menubuhkan Negara Islam atau nak menjalankan hukum Islam. Sikap talam dua muka selalu diamalkan oleh pemimpin Pas.

No comments:

Post a Comment