Monday, June 29, 2009

20 TAHUN NIK AZIZ MENIPU ORANG TUA, ANAK YATIM,PENAGIH DADAH,PELACUR, DAN GULONGAN MAK NYAH.

Dalam usaha membantu mesyarakat daif seperti orang tua yang terabai dan anak yatim piatu merupakan kerja-kerja yang perlu diutamakan bukan setakat janji sahaja. Semenjak 20 tahun yang lalu Nik Aziz berjanji kepada orang tua dan anak yatim untuk mengadakan program kemesyarakatan yang kononnya lebih menepati nilai-nilai masyarakat Islam.

Yang lebih besar kepada mereka Nik Aziz berjanji akan mengadakan skim penempatan orang tua yang tidak ada pembelaan dan mengadakan pusat penempatan bagi anak-anak yatim dan member bimbingan khas kepada mereka. Rupanya Nik Aziz sampai sekarang gagal menunaikan janjinya. Jelaslah Nik Aziz sanggup menipu orang tuan dan anak yatim.

Tidak cukop setakat itu Nik Aziz juga berbohong kepada remaja yang sedang menghadapi masalah dadah, pelacuran, dan golongan mak nyah. Nik Aziz kena mengakui penagih dadah semakin meningkat, pelacuran dan peningkatan golongan mak nyah juga berlaku di Kelantan. Nik Aziz pernah menyatakan bahawa akan menyusun satu program pemulihan akhlak menyeluruh kepada penagih dadah, pelacuran dan mak nyah, namun sampai sekarang dah hamper 20 tahun mereka menunggu janji Nik Aziz tapi tak kunjung tiba, pungguk merindukan bulan gerhana.

Penipuan dan pembohongan Nik Aziz sudah meliputi seluruh masyarakat dari orang tua hingga kepada anak yatim dan termasuk remaja yang terlibat dengan gajalan social.

Dengan ini ping pong menyeru supaya Nik aziz bertaubat sebelum terlambat. W ahai orang tua, anak yatim dan remaja bangkit lah dari penipuan yang dilakukan oleh seorang yang berselindung disebalik warak kononnya… wallahualam.

No comments:

Post a Comment