Monday, June 29, 2009

HUSAM ’MAKE PONG’.....’GU MAKE GU’

Sebelum ini calon Timbalan Presedin PAS Pusat pada Muktamar PAS, Husam Musa mengangagap dirinya hanya seorang calon underdog atau calon bukan pilihan untuk merebut jawatan tertinggi PAS Pusat. Tetapi hakikatnya Husam memang ’ditolak’ oleh perwakilannya sendiri.

  1. Kesian saya pada anak emas Nik Aziz ini yang dipaksa turun tahta sebelum masanya. Pemimpin PAS lain buat kepada Husam macam anak ayam.
  2. Sekarang Husam sedar siapa dirinya apabila kuasa tiada. Ahli PAS hanya hormat pada mereka yang boleh beri projek, dollar dan sen. Sekarang perwakilan sudah tahu kamu bakal kehilangan taring dan bakal menjadi singa tua yang tidak bergusi. Tikus pula berani melompat tinggi.
  3. Perwakilan PAS pilih pemimpin bukan berdasarkan idealisme perjuangan yang boleh meneruskan agenda negara dan rakyat. Mereka menaikkan seorang pemimpin apabila boleh kenyangkan perut dan keraskan pedal masing-masing. Kebetulan kapal Husam bakal karam maka bertempiaran pakat cari kapal lain.
  4. Kapal yang pengikut Husam lari untuk tumpang pun bakal tak tahan lama juga, bukankah mazhab PAS ini satu sahaja iaitu rebut benda dan harta?. Mana tahan hendak pelihara pengikut dengan benda, bukit belacan pun kurus. Akan datang mereka akan marah pula pada individu yang sanggup lawan Husam. Tentu kita ingat sewaktu Nik Aziz hentam Hadi semua pakat sinsing lengan untuk pertahan Nik Aziz dan kutuk Hadi, apa bahasa yang tidak mereka gelar kepada Presiden PAS tu.
  5. Nasyarudin dapat pencalonan banyak dan menjadi pesaing kepada Husam kerana arus sekarang ialah orang benci pada Nik Aziz kerana gagal capai penyatuan ahli PAS selain sokong puak erdogan. Kebetulan pula Nasharudin orang yang langtang kritik Nik Aziz lepas pilihanraya, suaranya senada dengan Presidennya.
  6. Dalam suasana sekarang siapa yang masuk kem Husam inilah baru sahabat sejati, mereka yang lari itu pejuang kayu jati. Sekarang Husam baru tahu siapa kawan dan siapa makan kawan. Di dalam suasana seperti begini orang yang boleh tenggelam timbul baru sahabat sejati.
  7. Saya yakin pemuda UMNO dan pemuda Barisan Nasional tidak kira siapa yang memimpin pemuda PAS, sahabat-sahabat saya dalam pemuda akan terus mara untuk meruntuhkan parti PAS (puak ajaran sesat) yang dianggap telah tidak relevan dalam perjuangan di negara ini.Husam atau Mat Sabu malah semua ahli PAS sama sahaja.

No comments:

Post a Comment