Monday, June 29, 2009

PELUANG UNTUK NIK AZIZ BERUNDUR.

KOTA BHARU : Pelbagai tekanan dihadapi oleh YAB Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan ekoran bantahan beliau terhadap gagasan Kerajaan Perpaduan yang diilhamkan Presiden Pas. Majoriti ahli Pas menyokong gagasan tersebut, kecuali segelintir penyokong Pas yang taksub kepada Mursyidul Am Pas itu…

Pemuda UMNO melihat, kedegilan Nik Aziz berpunca daripada beliau diberi nasihat songsang oleh para penasihat kanannya supaya menolak idea presiden. Perkara ini bukan perkara baru, bahkan ia telah bermula sejak gelombang pemilihan pucuk pimpinan pada muktamar Pas yang lalu.

“Barangkali sudah tiba masanya Datuk Nik Aziz memikirkan untuk bersara dari jawatan MB”.

Dulu pihak pembangkang mengecam Tun Mahathir bekas PM supaya meletakkan jawatan sebagai PM kerana beliau telah tua dan berumur, telah memimpin Negara terlalu lama, Tun Mahathir dilabelkan sebagai Firaun yang tamakkan kuasa dan kedudukan. Akhirnya Tun M telah bersara secara terhormat hampir 5 tahun yang lalu, ,manakala Nik Aziz yang telah menjadi MB Kelantan sejak 1990, belum bersedia untuk berundur.

“Berilah peluang kepada muka-muka baru memimpin Kelantan, bila pemimpin baru, dapat menyumbang idea baru kearah perubahan dan pembangunan Negeri Kelantan, adakah Nik Aziz tidak yakin dengan kemampuan wakil-wakil rakyat Pas yang ada? Masih ramai lagi tokoh-tokoh yang berkebolehan, antaranya Datuk Takiyuddin Hassan dan sebagainya”

Jadikanlah peristiwa Israk dan Mikraj yang telah dilalui oleh Baginda Rasulullah sebagai iktibar dan pedoman. Antara peristiwa yang dilihat oleh Rasulullah dalam perjalanan mikrajnya, ialah sekumpulan manusia yang memikul bebanan, makin berat makin ditambah, sehingga bebanan yang ditambah tadi, berat hingga tak terpikul, akhirnya Rasulullah bertanya kepada Jibril; Apakah ini wahai Jibril? Maka Jibril menjawab : " Inilah dia manusia yang telah terbukti tidak mampu memikul amanah, tapi masih tamakkan kedudukan".

Selagi Nik Aziz masih memikirkan bahawa orang kafir lebih baik daripada orang Islam, dan merelakan dirinya dan Pas menjadi kuda tunggangan DAP dan PKR, selagi itulah, perpaduan ummah tidak akan tercapai. Idea gagasan kerajaan perpaduan tidak akan mencapai hasilnya sebagaimana yang dihasratkan oleh Presiden Pas.

No comments:

Post a Comment