Monday, June 29, 2009

ALAHAI...HUSAM JAMNAPARI

Husam akan pecat Haron Din dan Mustafa Ali dari Pas.

Mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan pada hari ini (02/06/09), Husam terang-terang menyebut sekiranya beliau terpilih menjadi Timbalan Presiden PAS nanti, beliau akan menganjurkan satu majlis untuk menolak kertas kerja yang dibentangkan oleh Ust Haron Din dalam Konvensyen Kepimpinan Ulama baru-baru ini. Husam juga menyebut akan mengambil tindakan termasuk memecat keahlian Ust Haron Din dan Dato Mustafa Ali kerana kononnya mereka berdualah menjadi dalang UMNO di dalam PAS.

Husam Gagal Di Kelantan

Husam. Sebagai EXCO, beliau memang kelihatan terlalu banyak idea dan hebat berteori di Kelantan. Tetapi kebanyakan ideanya separuh masak atau sekerat jalan dan berakhir dengan kegagalan atau kerugian kepada kerajaan negeri.

Projek kambing jamnapari misalnya, memang idea Husam asalnya. Beliau begitu bersungguh-sungguh untuk menjayakannya sehingga mendahului Exco Pertanian. Pada awalnya, beliau menguruskannya bersendirian bersama rakan-rakanya tanpa pengetahuan Exco Pertanian. Tapi akhirnya bila projek tersebut gagal (disebabkan lebih banyak kambing yang mati daripada yang hidup), beliau cuba meletakkan kesalahan ke atas Exco pertanian.

Projek Skim Takaful Kifalah Rugi RM 8 Juta

projek Skim Takaful Kifalah. Begitu hebat dicanangkan satu Malaysia tentang skim yang diasaskan oleh Husam itu. Hampir di setiap negeri dia menjual namanya dengan menjaja skim tersebut untuk menunjukkan kehebatan ideanya. Ramai yang kagum dengan peranan Husam dengan skim tersebut.

Tetapi akhirnya projek tersebut gagal dan mengalami kerugian hampir RM8 juta. Tok Guru Nik Aziz sendiri bersama-sama Exco yang lain tengah pening memikirkan bagaimana hendak mencari wang bagi menampung kerugian tersebut.

Projek Ibrahim Ali

Dalam arena politik pun, Husam tidak kurang hebatnya berstrategi. Idea untuk membenarkan Ibrahim Ali bertanding atas tiket PAS adalah idea beliau. Tok Guru Nik Aziz bersetuju setelah Husam berjaya meyakinkan beliau dari segi strategi politik yang kononnya akan menguntungkan PAS. Akhirnya , apa dah jadi? Apa untung yang PAS dapat daripada Ibrahim Ali? Akhirnya Ibrahim Ali pun Husam dah tinggal bila sikatak tu tak habis-habis mengkritik PAS dan PR.

Itulah dia Husam Musa yang begitu hebat dengan ideanya tapi selalu berakhir dengan kegagalan dan kerugian.

Nik Aziz Tak Berani Lantik Husam Sebagai Tim. Menteri Besar Kenapa?

Kalau ditanya sebahagian besar daripada kepimpinan PAS di Kelantan, Husam bukanlah calon popular untuk menggantikan Tok Guru Nik Aziz sebagai MB Kelantan. Sebab itulah Tok Guru Niz Aziz tak dapat menjadikan Husam sebagai Timbalan Menteri Besar hingga ke hari ini. TokGuru sedar kalau beliau melantik Husam sebagai Timbalannya nescaya akan berpecah PAS Kelantan. Kalau dah nak dilantik sebagai Timbalan MB pun tak boleh, apatah lagi sebagai MB nanti.

Calon yang lebih popular untuk menjadi MB nanti ialah Dato' Nik Amar yang lebih dilihat mampu mewarisi bakat kepimpinan Tok Guru Nik Aziz baik dari segi ilmu dan amalannya. Beliau lebih dihormati di Kelantan berbanding Husam.

Dalam Perhubungan PAS Negeri pun Husam tidak kuat pengaruhnya. Biasanya beliau tidak banyak bercakap dalam Mesyuarat Perhubungan Negeri atau Dewan Harian kerana beliau tahu majoriti tidak suka kepadanya. Tokoh-tokoh besar PAS Kelantan seperti Dato Abdul Halim, Dato' Takiyudin,Ust Mat Iraq, Dato Nik Amar, Dato Ahmad Yaakob dll adalah di lihat tidak begitu menyukai Husam dan selalu tidak bersetuju dengan Husam dalam banyak hal.

Sebab itu tidak hairan mengapa Husam tidak mendapat pencalonan yang solid daripada negeri Kelantan sendiri untuk jawatan Timbalan Presiden PAS.

No comments:

Post a Comment