Monday, June 29, 2009

PAS KELANTAN TIDAK MEMERLUKAN HADI DAN NASHARUDIN

Khidmat Hadi Awang dan Nasharudin Mat Isa yang dikaitkan dengan idea kerajaan perpaduan untuk berkempen pada Pilihan Raya Kecil Manek Urai 14 Julai ini tidak diperlukan. Sehingga kini tidak ada sebarang poster mereka digantung di sekitar kawasan berkenaan. Ahli Pas Manek Urai kecewa kerana isu itu sudah berlalu, tetapi masih dibangkitkan oleh pemimpin Pas Kelantan. Orang kuat Pas di Manek Urai ada megesahkan dua pemimpin pusat itu masih tidak dibenarkan berkempen kerana bimbang akan menjejaskan undi Pas.

Abdul Fatah Harun menjelaskan, ia sebahagian daripada strategi kempen parti itu pada pilihan raya kecil kawasan berkenaan, tetapi apakah khidmat dua tokoh besar itu sudah tidak diperlukan di Kelantan? Mungkin ada sesuatu yang tersembunyi iaitu dendam kesumat yang masih membara dalam kalangan pemimpin Pas yang kecewa diatas kekalahan mereka dalam pemilihan Muktamar Pas yang lepas.

Apapun alasan Fatah dengan mengatur perancangan agar poster kedua-duanya tidak dinaikkan, tidak ada kena mengena dengan isu kerajaan perpaduan baru-baru ini. Ia semata-mata strategi pilihan raya. Kalau ia tidak ada kena mengena dengan isu kerajaan perpaduan maka sudah jelas isu dendam lah yang bermaharajalela sekarang.

Jelaslah Pas sekarang dah pecah dua yang besar iaitu Kumpulan Hadi dan Nasha, satu kumpulan lagi Nik Aziz dan Husam.

Isu Abdul Hadi mencadangkan supaya sebuah kerajaan perpaduan ditubuhkan bagi mengatasi kemelut politik yang berpanjangan selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 dan ia mendapat sokongan padu daripada Nasharudin adalah alasan untuk Nik Aziz dan endorgan bertindak balas kepada Presiden Pas dan Tim Presiden Pas. Nik Aziz dan Husam akan memastikan tanpa kehadiran Hadi dan Nasha, Nik Aziz dan pemimpin Pas Kelantan mampu mempertahankan kerusi DUN Manek Urai.

Abdul Fatah, menytakan mereka mendapat semangat baru dan akan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada Pilihan Raya Kecil Manek Urai. Ini semangat baru itu ialah menyedarkan pemimpin Pas supaya tidak membenarkan pemimpin luar Kelantan bertanding di negeri ini dalam pilihanraya yang ke 13 nanti. Senario politik Pas akan berubah bila sampai masa pilihanraya Umum yang ke 13. Namun begitu DUN Manek Urai merupakan ujian pertama kepada Nik Aziz dan endorgan untuk mempertahankan DUN Manek Urai tanpa bantuan pemimpin Pas luar Kelantan. Selamat berjuang.

No comments:

Post a Comment