Tuesday, June 30, 2009

HEBAT NIK AZIZ SEBAGAI ULAMAK DAN DI PANGGIL TUAN GURU

PELANGI MALL 30 Jun – Apabila ditanya oleh pegawai kanan Kerajaan Kelantan semasa hari pertama (1990) Nik Aziz masuk pejabat Menteri Besar, apakah panggilan yang nak digunakan oleh MB? Adakah panggilan Ustaz?. Setelah beberapa hari semua pembantu politik Nik Aziz berbincang dan atas cadangan Nik Aziz maka di istiharkan nama panggilan kepada Menteri Besar baru ni ialah ‘Y A B Tuan Guru’. Surat pekeliling dikeluarkan dengan arahan supaya semua surat menyurat dengan MB mestilah menggunakan YAB Tuan Guru. Moto Kerajaan Nik Aziz ialah Membangun Bersama Islam dan Bersama Kepimpinan Ulamak.

Hebat dan gahnya Nik Aziz. Penekanan utama Nik Aziz dalam era pemerintahahnya beliau menekankan kepada soal ’agama’. Nik Aziz cuba merapatkan dirinya dengan penganut bukan Islam sehingga sanggup buat apa sahaja, seperti menghadiri upaca bakar mayat, menyampaikan tauliah budha,tok kong china, kuil hindu dan sebagainya.

Nik Aziz disembah oleh penganut Hindu
(Apa beza Ayah Pin dengan Nik Aziz)

Nik Aziz berpegangan tangan dgn Sami Budha
(Apa beza Ayah Pin dengan Nik Aziz)


Apa beza Ayah Pin dengan Nik Aziz?. Jawapannya ialah Ayah Pin Kerajaan dilangit dan Nik Aziz Kerajaan di Kelantan serambi Mekah. Kerajaan langit dan serambi Mekah kedua-duannya tidak wujud. Untuk menarik pengundi bukan Melayu maka banyak pembangunan rumah ibadat dibangunkan dinegeri Kelantan kecuali rumah ibadat untuk orang Islam iaitu masjid. Rumah ibadat agama lain telah dibiarkan dan dibebaskan untuk dibangunkan. Nik Aziz lupa mengikut peraturan kerajaan tempatan sesebuah rumah ibadat bukan Islam yang hendak dibina ketinggiannya tidak melebihi Masjid yang terdekat atau yang berhampiran.

Amat sedih kebanyak rumah ibadat bukan Islam ini dibina dalam perkampungan Melayu yang beragama Islam.Idea memberi kebebasan pembinaan rumah ibadat dan peraturan tidak dipatuhi oleh Nik Aziz maka terjadilah seperti mana gambar-gambar dibawah.


NIK AZIZ MUNAFIK

MELOR 30 Jun. – Nik Aziz telah membuat kenyataan pada 18 Jan lalu dengan mengatakan bahawa pemimpin parti pakatan pembangkang tidak perlu mengeluarkan kenyataan yang angkuh berikutan kemenangan parti itu pada pilihanraya kecil Parlimen Kuala Trengganu. Beliau menambah lagi ini kerana tindakan mengeluarkan kenyataan negativf terhadap parti lawan bukan sahaja membawa gambaran yang tidak baik kepada parti BN malah menjejaskan persepsi masyarakat terhadap Pas.

Nik Aziz menambah lagi dengan mengatakan jangan buat kenyataan yang boleh melukakan hati pihak lawan kerana tujuan kita buat kerja memperjuangkan parti adalah kerana dakwah. “Kalau dia (BN) terluka, kita nak paut (pikat semula) dia tidak boleh. Jadi kita kena ingat kerja kita adalah untuk akhirat,” katanya kepada pemberita di Kuala Trengganu.

Selepas enam bulan perlakuan Nik Aziz berubah, bukan sahaja kenyataannya melukakan hati BN dengan mengatakan UMNO sama dengan ajaran Ayah Pin dan sama dengan komunis. Dalam pada itu Nik Aziz juga melukakan hati Nasharudin dengan tuduhan yang berat mengenai cadangan kerajaan perpaduan

sehingga diarah meletakkan jawatan Tim Presiden Pas dan wakil

rakyat Parlimen Bachok.

Dalam tempoh enam bulan kenapa Nik Aziz tergolong dalam manusia hipokrit atau munafik. Perlakuan Nik Aziz terjadi sedemikian kerana ada dua peristiwa yang beliau terpaksa beliau hadapi. Kenyataan Nik Aziz awal tahun ini baik dan sesuai sebagai gelaran yang diminta oleh Nik Aziz supaya orang memangilnya ‘tok guru’. Kemenangan calun Pas dengan merampas kerusi Parlimen Kuala Trengganu daripada BN telah membuatkan Nik Aziz begitu gembira, dan emosi beliau stabil dengan membuat kenyataan yang baik.

Peristiwa kedua yang berlaku dalam pertengahan tahun ini ialah peristiwa sedih dan memalukan, dimana pencalunan jawatan Presiden Pas Nik Aziz mendapat satu sahaja dan diikuti oleh kekalahan kumpulan endorgan yang disokong oleh Nik Aziz secara terbuka dalam muktamar Pas yang lepas, yang diketuai oleh Husam, Nik Amar dan enam orang kuat Nik Aziz yang lain tapi tewas merebut jawatan kanan dalam Pas.


Semasa Allah mencuba Nik Aziz dengan berita gembira beliau, mengawal emosi dan nafsu dengan baik tapi setelah Allah mencuba dengan kesedihan dan malu, maka Nik Aziz hilang kawalan emosi dan nafsu. Nik Aziz marah yang amat sangat, sedangkan marah itu sebahagian dari sifat syaitan. Nik Aziz hilang sabar sedangkan Allah suka kepada orang yang sabar. Inilah pemimpin Pas yang sudah tua tahap kebolehnnya amat merosot sekali dalam kepimpinan jauh sekali mendekati perjuangan Rasul.

Monday, June 29, 2009

PELUANG UNTUK NIK AZIZ BERUNDUR.

KOTA BHARU : Pelbagai tekanan dihadapi oleh YAB Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan ekoran bantahan beliau terhadap gagasan Kerajaan Perpaduan yang diilhamkan Presiden Pas. Majoriti ahli Pas menyokong gagasan tersebut, kecuali segelintir penyokong Pas yang taksub kepada Mursyidul Am Pas itu…

Pemuda UMNO melihat, kedegilan Nik Aziz berpunca daripada beliau diberi nasihat songsang oleh para penasihat kanannya supaya menolak idea presiden. Perkara ini bukan perkara baru, bahkan ia telah bermula sejak gelombang pemilihan pucuk pimpinan pada muktamar Pas yang lalu.

“Barangkali sudah tiba masanya Datuk Nik Aziz memikirkan untuk bersara dari jawatan MB”.

Dulu pihak pembangkang mengecam Tun Mahathir bekas PM supaya meletakkan jawatan sebagai PM kerana beliau telah tua dan berumur, telah memimpin Negara terlalu lama, Tun Mahathir dilabelkan sebagai Firaun yang tamakkan kuasa dan kedudukan. Akhirnya Tun M telah bersara secara terhormat hampir 5 tahun yang lalu, ,manakala Nik Aziz yang telah menjadi MB Kelantan sejak 1990, belum bersedia untuk berundur.

“Berilah peluang kepada muka-muka baru memimpin Kelantan, bila pemimpin baru, dapat menyumbang idea baru kearah perubahan dan pembangunan Negeri Kelantan, adakah Nik Aziz tidak yakin dengan kemampuan wakil-wakil rakyat Pas yang ada? Masih ramai lagi tokoh-tokoh yang berkebolehan, antaranya Datuk Takiyuddin Hassan dan sebagainya”

Jadikanlah peristiwa Israk dan Mikraj yang telah dilalui oleh Baginda Rasulullah sebagai iktibar dan pedoman. Antara peristiwa yang dilihat oleh Rasulullah dalam perjalanan mikrajnya, ialah sekumpulan manusia yang memikul bebanan, makin berat makin ditambah, sehingga bebanan yang ditambah tadi, berat hingga tak terpikul, akhirnya Rasulullah bertanya kepada Jibril; Apakah ini wahai Jibril? Maka Jibril menjawab : " Inilah dia manusia yang telah terbukti tidak mampu memikul amanah, tapi masih tamakkan kedudukan".

Selagi Nik Aziz masih memikirkan bahawa orang kafir lebih baik daripada orang Islam, dan merelakan dirinya dan Pas menjadi kuda tunggangan DAP dan PKR, selagi itulah, perpaduan ummah tidak akan tercapai. Idea gagasan kerajaan perpaduan tidak akan mencapai hasilnya sebagaimana yang dihasratkan oleh Presiden Pas.

Seloka: Undi Pas Masuk Syurga.

  1. Bila rakyat yang ingin belajar agama

    mereka terpaksa duduk bersila

    ditepi tong sampah, di jalan raya

    tetapi bila orang yang mempunyai kepentingan

    bilik aircond tempat mereka disediakan

    nik aziz layan dia dengan baik sekali...

    rakyat merempat tak pernah peduli.

  1. Bila Rakyat Melayu Kelantan ingin menuntut hak takaful kifalah...

    sabar katanya...2,3 minggu belum ada berita...

    tetapi kalau bangsa Cina ...disegerakan tak sampai 2 jam...

    hanya takut hilang undi..Bangsa Melayu sendiri tak dihiraukan lagi.

  1. Peluang pekerjaan kepada warga negeri Kelantan bukan keutamaan

    tetapi menerima kepulangan sangat-sangat dialukan

    bukan untuk bagi pembelaan tetapi untuk terima pulangan

    kerana mereka balik berbelanja untuk Kelantan

  1. Dahulu semasa zaman UMNO perintah....

    banyak pelaburan...banyak kilang-kilang...

    tetapi ketika Pas mengambil alih

    bahkan kilang besar yang kecil pun gulung tikar, hilang dari pandangan.

  1. ”wau-wau bulan...wau bulan teraju tiga..pakat undi bulan...nanti buleh masuk syurga..”. bertukar pantun dengan hadis ketika berkempen..

    yang bagitau sudah pun mati (arwah buniamin)...mungkin dah masuk syurga agaknya..

  1. Seorang cina bukan islam di pasir puteh

    berseloroh di kedai kopi hilangkan letih

    ”alo kawan...wa juga lapat (dapat) sulega (syurga)...

    Takyah amal, syurga boleh dijual beli.

  1. Dulu pernah berkata ”kalau ambo jadi menteri besar, ambo nak paka proton saga” tetapi sekarang apa dah jadi, sungguh sedih...proton bertukar jadi mecedeh (mercedess) harga ratusan ribu, rakyat merempat MB tak ambil tahu.
  1. Kelantan negeri bersohor...serambi mekah diberi nama...sekarang makin masyhur... HIV tertinggi seluruh malaysia.

20 TAHUN NIK AZIZ MENIPU ORANG TUA, ANAK YATIM,PENAGIH DADAH,PELACUR, DAN GULONGAN MAK NYAH.

Dalam usaha membantu mesyarakat daif seperti orang tua yang terabai dan anak yatim piatu merupakan kerja-kerja yang perlu diutamakan bukan setakat janji sahaja. Semenjak 20 tahun yang lalu Nik Aziz berjanji kepada orang tua dan anak yatim untuk mengadakan program kemesyarakatan yang kononnya lebih menepati nilai-nilai masyarakat Islam.

Yang lebih besar kepada mereka Nik Aziz berjanji akan mengadakan skim penempatan orang tua yang tidak ada pembelaan dan mengadakan pusat penempatan bagi anak-anak yatim dan member bimbingan khas kepada mereka. Rupanya Nik Aziz sampai sekarang gagal menunaikan janjinya. Jelaslah Nik Aziz sanggup menipu orang tuan dan anak yatim.

Tidak cukop setakat itu Nik Aziz juga berbohong kepada remaja yang sedang menghadapi masalah dadah, pelacuran, dan golongan mak nyah. Nik Aziz kena mengakui penagih dadah semakin meningkat, pelacuran dan peningkatan golongan mak nyah juga berlaku di Kelantan. Nik Aziz pernah menyatakan bahawa akan menyusun satu program pemulihan akhlak menyeluruh kepada penagih dadah, pelacuran dan mak nyah, namun sampai sekarang dah hamper 20 tahun mereka menunggu janji Nik Aziz tapi tak kunjung tiba, pungguk merindukan bulan gerhana.

Penipuan dan pembohongan Nik Aziz sudah meliputi seluruh masyarakat dari orang tua hingga kepada anak yatim dan termasuk remaja yang terlibat dengan gajalan social.

Dengan ini ping pong menyeru supaya Nik aziz bertaubat sebelum terlambat. W ahai orang tua, anak yatim dan remaja bangkit lah dari penipuan yang dilakukan oleh seorang yang berselindung disebalik warak kononnya… wallahualam.

PING PONG: NIK AZIZ SETARAF DENGAN PAK MAN TELO

Pak Man Telo menawarkan Duit dan Nik aziz menawarkan syurga dua perkara ini memang dikejar oleh siapa pun, senang didunia dan senang di akhirat. Kehendak naluri manusia semulajadi inginkan kesenangan dunia dan akhirat. Strategi yang dilakukan oleh Nik Aziz sama dengan strategi yang dilakukan oleh Pak Man Telo.

Kehebatan Pak Man Telo dalam menawarkan keuntungan wang berlipat kali ganda telah menarik para cerdik pandai, ulamak, professor, dr,Tan Sri, Dato, orang politik dan termasuk orang kampong yang miskin dibandar atau luar bandar, mereka semuanya membeli skim cepat kaya Pak Man Telo kerana diyakini dengna pulangan wang yang banyak.

Begitu juga Nik Aziz penampilan warak dan kecekapan menawarkan ‘chip sale’ yang dilakukan oleh Nik Aziz dalam berkempen dengan menggunakan agama dan menawarkan syurga sehingga dapat memikat para akademik yang ada para cerdik pandai, ulamak, professor, dr, Tan Sri, Dato, orang politik dan termasuk orang kampong yang miskin dibandar atau luar Bandar, mereka semuanya menyokong pas yang diyakini dapat pahla dan syurga.

Your browser may not support display of this image.

Memang perangai pemimpin Pas akan mengguna apa saja untuk menipu rakyat asalkan menang pilihanraya termasuk apa yang sedang terjadi di Manek Urai sekarang.

Wan Rahim menyatakan di Manek Urai ada seorang imam di masjid Mukim Manek Urai menganggap seolah-olah mendapat pahala apabila memandang poster Tuan Guru Nik Aziz.

Gambar Nik Aziz ada nilai kormesil dan gambar Hadi selaku Presiden Pas tak bernilai maka diturunkan semua gambar Hadi.

Memang mujarab kempen menawarkan syurga kepada pengundi. Tapi yang tukang kempen tu perlu ingat balasan dan akibat ‘chip sale’ syurga Allah yang dipermain-mainkan.

HUSAM ’MAKE PONG’.....’GU MAKE GU’

Sebelum ini calon Timbalan Presedin PAS Pusat pada Muktamar PAS, Husam Musa mengangagap dirinya hanya seorang calon underdog atau calon bukan pilihan untuk merebut jawatan tertinggi PAS Pusat. Tetapi hakikatnya Husam memang ’ditolak’ oleh perwakilannya sendiri.

  1. Kesian saya pada anak emas Nik Aziz ini yang dipaksa turun tahta sebelum masanya. Pemimpin PAS lain buat kepada Husam macam anak ayam.
  2. Sekarang Husam sedar siapa dirinya apabila kuasa tiada. Ahli PAS hanya hormat pada mereka yang boleh beri projek, dollar dan sen. Sekarang perwakilan sudah tahu kamu bakal kehilangan taring dan bakal menjadi singa tua yang tidak bergusi. Tikus pula berani melompat tinggi.
  3. Perwakilan PAS pilih pemimpin bukan berdasarkan idealisme perjuangan yang boleh meneruskan agenda negara dan rakyat. Mereka menaikkan seorang pemimpin apabila boleh kenyangkan perut dan keraskan pedal masing-masing. Kebetulan kapal Husam bakal karam maka bertempiaran pakat cari kapal lain.
  4. Kapal yang pengikut Husam lari untuk tumpang pun bakal tak tahan lama juga, bukankah mazhab PAS ini satu sahaja iaitu rebut benda dan harta?. Mana tahan hendak pelihara pengikut dengan benda, bukit belacan pun kurus. Akan datang mereka akan marah pula pada individu yang sanggup lawan Husam. Tentu kita ingat sewaktu Nik Aziz hentam Hadi semua pakat sinsing lengan untuk pertahan Nik Aziz dan kutuk Hadi, apa bahasa yang tidak mereka gelar kepada Presiden PAS tu.
  5. Nasyarudin dapat pencalonan banyak dan menjadi pesaing kepada Husam kerana arus sekarang ialah orang benci pada Nik Aziz kerana gagal capai penyatuan ahli PAS selain sokong puak erdogan. Kebetulan pula Nasharudin orang yang langtang kritik Nik Aziz lepas pilihanraya, suaranya senada dengan Presidennya.
  6. Dalam suasana sekarang siapa yang masuk kem Husam inilah baru sahabat sejati, mereka yang lari itu pejuang kayu jati. Sekarang Husam baru tahu siapa kawan dan siapa makan kawan. Di dalam suasana seperti begini orang yang boleh tenggelam timbul baru sahabat sejati.
  7. Saya yakin pemuda UMNO dan pemuda Barisan Nasional tidak kira siapa yang memimpin pemuda PAS, sahabat-sahabat saya dalam pemuda akan terus mara untuk meruntuhkan parti PAS (puak ajaran sesat) yang dianggap telah tidak relevan dalam perjuangan di negara ini.Husam atau Mat Sabu malah semua ahli PAS sama sahaja.